




Salam sejahtera , kembali lagi aku ke sini. Memang seminggu ni agak sibuk dengan pelbagai kerja di tambah aku sekarang juga sedang membangunkan kembali syarikat lama aku Training Consultant bersama seorang Dr dari USM. Sebelum aku memulakan perniagaan Smart Naco aku usahakan syarikat ini dan perjalanan perniagaan seperti biasa berterusan. Namun apabila potensi perkembangan Smart Naco semakin baik , aku telah membuat keputusan untuk all out dan FOKUS sepenuhnya kepada perniagaan Smart Naco kerana inilah pertama kali aku terlibat dalam perniagaan MLM dan sudah tentu banyak perkara yang perlu aku belajar dan beri perhatian sepenuhnya.
Sekarang pula aku sedang usaha menyiapkan BROSUR KHAS SST untuk semua rakan-rakan SST. InsyaALLAH aku sasarkan 1 Ogos akan di keluarkan Brosur itu untuk semua rakan-rakan SST manfaatkan. Cuma aku ada pertanyaan kepada rakan-rakan yang telah terlibat dengan perniagaan ini bersama SST.
1. Adakah anda telah memanfaatkan News Letter yang telah di keluarkan oleh SST ?
2. Adakah anda telah menggunakan produk bulanan SST iaitu Alfafa dan berusaha mempromosikannya. Kita perlu bekerja secara teamwork.
3. Adakah anda telah mendapatkan MAJALAH The Apprentice untuk diri anda dan mempromosikan kepada dline dan prospek?
4. Adakah anda telah membeli tiket Konvensyen NACO 2007 yang akan berlangsung pada 12 Ogos 2007 dan telah mengajak seberapa ramai dline lama dan baru anda?
Semua persoalan ini aku tujukan khas untuk diri aku sebenarnya. Kerana aku hanya ada beberapa hari sahaja untuk all out melakukan perkara ini.
Dan persoalan terakhir :::
Adakah anda terus membuat promosi , mencari prospek , menggunakan produk SN dan membuat penajaan SERTA tidak jemu2 untuk hadir meeting , seminar dan kelas pembelajaran?
Inilah tangungjawab kita ...
Aku akan menjadikan Bulan OGOS ini sebagai satu momentum BARU kepada perniagaan SMART NACO... Aku perlu berubah kepada disiplin yang lebih baik , sikap yang lebih baik , semangat yang lebih tinggi dan kerja kuat serta gigih yang lebih lagi.... YA AKU MESTI LAKUKAN ....
Aku telah selogankan 5 perkara dalam pernaigaan ini :
1. Perniagaan
2. Kesihatan
3. Kesejahteraan
4. Penghargaan
5. Persahabatan
OK lah , setakat ini dulu ... Semoga kita semua sama2 berjaya ..... Jika nak join group aku silakan ke www.iggnaco.com
Sekian
CHE DIN