Salam Ramadhan dan Salah Sejahtera buat semua rakan-rakan. Terima Kasih kepada semua yang menjengok blog aku nie. Lama juga tak update. Bukan apa agak sibuk sikit menyiapkan semua tools yang di perlukan dan malam tadi baru je balik dari KL..
Alhamdulillah Sabtu lepas aku ke Jengka Pahang untuk menghadiri program priview produk Primalex untuk rakyat Jengka dan Temerloh. Sambutan memberangsangkan , Lebih 30 Kehadiran. Rabu Sebelumnya program di Hotel Sri Malaysia Pulau Pinang juga syukur Alhamdulillah kehadiran lebih 40 orang.
Masa di Jengka lepas abis program ingat nak terus ke KL pada malam tu juga , tapi kami buat keputusan untuk tidur dulu di rumah Ayah Bro Shidi. Kul 5.00 pagi lagi dah bangun dan 5.30 kami gerak ke KL untuk menghadiri Lifestyle Career Seminar. Aku kat sini nak ucapkan TERIMA KASIH kepada ZulZafri , Azlin , Puan Riza dan Suami , En Abdullah , Bro Shidi dan Gina yang dapat menghadirkan diri untuk program sehari ini.
Brosur terbaru Lifestyle Career Choice dah pun siap. Sapa nak order boleh lah dapatkan dari SPD Zul. Ni jap lagi aku nak siapkan brosur Primalex dan Jus Parti Kurma satu Pakej Kebahagian Suami Isteri..... InsyaALLAH bulan Ramadhan ni lebih banyak masa untuk kita semua beribadat dan aku juga akan ambil peluang ini di samping mengambil peluang untuk mengemaskini sistem perniagaan dan menyusun strategi yang lebih baik lepas raya nanti..... TUNGGUUUUU....
Kepada anda yang baru buat bisnes ini , buatlah sungguh-sungguh dan FOKUS pada satu satu bisnes dalam satu jangkamasa yang sesuai. Jangan cepat mengalah dan lepas tu buat bisnes lain plak , pastu bisnes lain plak... Kalau mcm tu sampai bila kita nak berjaya.
Syukur ALHAMDULILLAH 27 September 2007 genap aku 2 tahun menjadi ahli Smart Naco dan sudah tentu GELOMBANG TAHUN KETIGA aku bersama Smart Naco akan lebih cemerlang lagi. Ini AZAM dan KOMITMEN aku. 2 Tahun aku himpun dan kutip pengalaman satu persatu. Kepada anda yang benar-benar serius dan bersungguh-sungguh , InsyaALLAH aku akan bantu sama ...
OK lah , nak keluar jumpa rakaniaga dan prospek pulak. Kerja mesti di teruskan. Jangan berhenti dan berputus asa. Kepada rakaniaga lama yang masih berminat untuk menjalankan lagi bisnes Smart Naco ini sila hubungi aku di 0124686404 , leh kita discuss tengok apa yang patut kita sama-sama lakukan....
AKhir sekali aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK , semoga Ramadhan tahun ini memberikan keinsafan , kekuatan , ketaqwaan dan kesabaran kepada kita semua....
Salam Ramadhan dan Salam Perjuangan .........
sila la ke www.myniaga.net
Che Din
5 Comment(s).