Salam sejahtera , apa khabar semua , semoga kalian semua sihat. Saya ucapkan selamat datang kepada anda yang baru pertama kali ke Blog Saya ....
Alhamdulillah , urusan kereta dah selesai . TERIMA KASIH tak terhingga kepada PD Ashriee yang sudi temankan aku ambil kereta di Tanah Merah. U ARE THE BEST ....
Konvesnyen NACO 2007 semakin hampir. Rasakan AURA NACO dan jangan lepaskan peluang untuk menghadirkan diri ke Konvesnyen Naco. Pelancaran Produk Hebat NACO iaitu Primalex yang sekarang ni dah mula banyak permintaan.
Baik lah , kali ini aku ingin sentuh tentang DATABASE AHLI atau DOWNLINE . Apabila kita menjalankan perniagaan ini , kita mestil lakukan dengan serius dan teliti. Ini bisnes profesional dan serius , bukan bisnes main-main atau hanya lihat secara sambil lewa. Jika kita ingin berjaya lihatnya dari sudut bisnes sebenar yang profesional.
Apabila anda menaja DAN downline anda menaja , anda perlu mencatat maklumat downline anda . Antara perkara penting yang perlu anda catatkan ialah :
1. Nama Penuh
2. Alamat
3. No HP / No Tel Rumah
4. Tarikh Join
5. Siapa Yang Menaja
Sebagai upline anda juga perlu mendapatkan maklumat downline kepada downline tak kiralah di level berapa sekalipun. Maklumat ini cukup penting untuk anda membuat proses FOLLOWUP dan PROMOSI dan PENGHARGAAAN.
Ini perlu kepada dowline anda terutama yang tidak ada kemudahan email , atau ada email tapi jarang guna dan sebagainya.
Apa yang boleh kita lakukan dengan maklumat ini di masa hadapan.
1. FOLLOWUP
Kepada anda yang telah ada downline dan mungkin dah lama join mungkin 6 bulan , setahun tentu anda perasan ada downline anda yang telah tidak aktif atau tidur. Jadi jika anda ada maklumat seperti di atas , anda boleh menghantar surat yang mana mungkin kandungan surat tersebut menyebut tentang perkembangan perniagaan SST / SN , Promosi Produk , Atau anda ada nak bagi gift , atau jemputan ke Program/ latihan.. Mereka dapat surat anda kerana mereka adalah ahli di bawah penyeliaan anda.
2. PENGHARGAAN
Mungkin anda ingin menghantar surat penghargaan atas pencapaian atau usaha luarbiasa downline anda. Mungkin apabila anda mendapati downline anda telah mencapai pangkat Manager , boleh hantarkan surat TAHNIAH , atau telah mencapai pangkat Senior Manager , Director atau sebagainya. Manusia sukakan penghargaan dan PENGHARGAAN merupakan salah satu motivasi yang baik kepada downline anda.
3. PROMOSI
Mungkin SN atau SST menjalankan promosi produk , atau pek percubaan. Oleh kerana downline anda tidak aktif maka kemungkinan besar mereka tidak mendapat maklumat terus daripada pihak Syarikat . Jadi kita bertanggungjawa untuk menyampaikan. Jika kita konsisten menghantar , saya yakin akan ada downline anda ingin mencuba produk dan sebagainya..
:::::::: Database ini cukup penting apabila rangkaian anda semakin membesar. Mungkin anda tidak dapat berkomunikasi dengan seberapa ramai downline anda , jadi anda boleh menggunakan kaedah mengepos surat kepada mereka. INGAT Services cukup penting , SALES AFTER SERVICES juga penting ....
Data ini penting juga terutama kepada downline anda yang bukan anda taja , tetapi downline kepada downline kepada downline yang mana downline ini kadangkala tidak mengenali anda . Mungkin dia berminat nak buat , tetapi orang yang menajanya sudah tidak membuatnya , jadi mungkin kehadiran FOLLOWUP dari anda mereka ingin bertanya lanjut atau anda mendapat jawapan PASTI yang downline anda tidak mahu menjalankan perniagaan ini lagi.
SEBELUM rangkaian anda semakin ramai , mulakan hari ini dan budayakan proses ini. Ini kerana kebanyakan rakan-rakan SST menggunakan kaedah ONLINE maka downline anda mungkin berada jauh , jadi dengan cara ini anda dapat menyampaikan maklumat dengan lebih baik.
Saya ucapkan selamat maju jaya kepada anda.......
sila ke laman saya www.alivingmydream.com/chedin/
Che Din 0124686404
1 Comment(s).